Archive for the ‘Featured’ Category

Business card

Posted by admin On December - 31 - 2008
business card printing

business card printing

Business card (kad bisnes) atau juga dikenali namecard (kad nama) adalah salah satu cara yang murah namun efektif untuk memperkenal dan mempromosi perniagaan anda. Ia juga sebagai cara untuk mengingatkan pelanggan kepada servis atau produk yang anda tawarkan. Dengan persembahan rekaan yang menarik, ia mampu membuka pintu perniagaan anda dengan lebih luas.

Flyer

Posted by admin On December - 29 - 2008
flyer printing

flyer printing

Flyer atau leaflet adalah kaedah promosi offline yang berkesan untuk meluaskan jaringan perniagaan anda. Tidak kira samada anda pemilik restoran, perniagaan runcit, pakaian, pengusaha multilevel marketing, insurans, tadika, spa atau apa jua perniagaan, flyer adalah satu kaedah pemasaran yang perlu anda fikirkan.  Ia sesuai edarkan di kawasan perumahan, pejabat, pusat membeli belah dan tempat awam bergantung pada niche perniagaan anda. Flyer yang berwarna warni dan disusun secara kemas akan lebih menarik minat prospek untuk membaca dan menyimpan berbanding flyer konvensional (kaedah fotokopi).

Brochure

Posted by admin On December - 27 - 2008
brochure printing

brochure printing

Brochure adalah sama peranan seperti flyer- menyebarkan maklumat mengenai perniagaan atau apa jua maklumat am. Apa yang membezakan brochure dengan flyer adalah dari segi lipatan. Flyer lazimnya tidak dilipat tetapi brochure akan dilipat menjadi 2, 3 atau 4 bahagian. Jika anda mempunyai maklumat yang banyak untuk disampaikan, brochure adalah pilihan yang lebih sesuai. Saiz yang besar sehingga 4 A4 membolehkan pelbagai maklumat dimuatkan.

Invitation Card

Posted by admin On December - 25 - 2008
annoucement card

annoucement card

Walaupun teknologi komunikasi semakin maju selari dengan peredaran zaman, kad undangan tidak dilupakan dan akan terus menjadi medium penyampai untuk apa jua acara. Undangan perkahwinan, pertunangan, majlis hari jadi dan kad perayaan akan lebih bermakna dengan adanya kad ini.

Biz Document

Posted by admin On December - 23 - 2008
biz document printing

biz document printing

Anda perlukan dokumen perniagaan untuk menguruskan urus niaga dengan kemas dan teratur. Akaun perniagaan akan mudah dikendalikan sekiranya anda mempunyai invois, resit, cash bill, baucer bayaran dan lain-lain dokumen. Ini memudahkan proses kemas kini akaun dan audit pernigaan.

Selain dokumen perniagaan, borang dan jobsheet juga boleh dicetak. Dengan menggunakan kertas NCR (non carbon required) anda tidak perlu lagi menyediakan kertas karbon.

Pelbagai saiz, pilihan warna cetakan dan layer / ply boleh di pilih bersesuain dengan perniagaan anada. Layer boleh dibuat sehingga 6 lapisan sekiranya anda mahukan beberapa salinan untuk jabatan-jabatan (department) yang berkenaan.

Booklet

Posted by admin On December - 20 - 2008
book printing

book printing

Pelbagai jenis buku boleh ditempah seperti katalog, buletin, buku manual, buku aturcara, buku cerita, majalah atau apa jua keperluan anda. Jika anda mempunya banyak informasi yang ingin ditunjukkan kepada pelanggan, katalog harus menjadi pilihan anda. Ia lebih memberi impak kepada pelanggan dengan susunan gambar dan penerangan yang teratur, seterusnya meningkatkan jualan anda.

Jika anda seorang penulis dan ingin menerbitkan buku sendiri, kami sedia mencetaknya.

Folder

Posted by admin On December - 17 - 2008
folder printing

folder printing

Folder bertindak sebagai jaket buku. Ia sebagai pengenalan mengenai apa yang terkandung di dalamnya. Pelbagai keperluan folder seperti Folder Dokumen, Folder perniagaan yang boleh dijadikan sebagai profail syarikat, Folder untuk pelajar menyimpan nota-nota, Folder kunci untuk hotel, CD Jacket dan sebagainya.

Jika anda mahukan kad perkahwinan yang unik, folder kecil mungkin boleh dijadikan pilihan. Dengan dua poket di dalam, anda boleh meletakkan kad undangan untuk 2 majlis.