Brochure adalah sama peranan seperti flyer- menyebarkan maklumat mengenai perniagaan atau apa jua maklumat am. Apa yang membezakan brochure dengan flyer adalah dari segi lipatan. Flyer lazimnya tidak dilipat tetapi brochure akan dilipat menjadi 2, 3 atau 4 bahagian. Jika anda mempunyai maklumat yang banyak untuk disampaikan, brochure adalah pilihan yang lebih sesuai. Saiz yang besar sehingga 4 A4 membolehkan pelbagai maklumat dimuatkan.



